Boboiboy Ais/air tahap 3
What's on your mind?
TEXT
POLL
- All24 posts
- General18 posts
- Pengumuman Wiki0 posts
- Berita Terbaru1 post
- Perbincangan Umum3 posts
- BoBoiBoy0 posts
- BoBoiBoy Galaxy1 post
- Ramalan/Teori0 posts
- Meme1 post
- Seni Peminat0 posts
Sort by
Card Layout
Pelakon suara kedua untuk watak Kapten Kaizo tiba-tiba meninggalkan kita pada hari Ahad, 26 Mei 2024. Kurang seminggu sebelum kita dapat dengarkan beliau menggarap watak Maripos dalam arka Windara pada 1 Jun. 😢
(Sumber: FB Monsta)
Sedikit sedutan lakonan suara arwah:
Saya berhasrat untuk melupuskan halaman galeri BoBoiBoy Galaxy, dan isi gambar-gambarnya dipindahkan ke halaman episod/watak yang sewajarnya sahaja. Sebagai contoh, gambar 1 Million Views for Episode 1 Part 2.jpg dikekalkan di halaman Galaxy M1E1, gambar Semoga Berjaya Keputusan SPM!.jpg dibiarkan kekal di galeri Kaizo, manakala gambar-gambar poster (seperti poster finale) siri dipindahkan ke bahagian galeri halaman BoBoiBoy Galaxy.
Tujuan saya berbuat demikian ialah kerana selepas diamati dalam beberapa tahun ke depan, halaman galeri ini akan menjadi sangat panjang, jadi sebaiknya kita membuat sedikit perubahan.
Alamak, tengok nih! Siapa kejadah yg menjual di negara parsi, nih?
Tengok juga, itu disertakan dengan ini filem Disney+ yg tidak pernah dijualkan di negara parsi ini. Ini illegal dan langgar hukum.
Aku tengok di wiki Dubdb nih.
Perkara ini disahkan oleh En. Anas Abdul Aziz dari Monsta menerusi interaksinya dengan YouTuber Sifudin, di mana beliau menjelaskan bahawa siri BoBoiBoy Galaxy (2 musim + Movie 2) tidak bersambung tetapi berasingan daripada siri BoBoiBoy original atau OG (3 musim + Movie 1).
En. Anas menjelaskan juga bahawa BBBG merupakan "soft reboot", di mana Sifudin memberikan contoh berkenaan kuasa Ying, yang mana dalam siri OG, watak berkenaan dikatakan mendapat kebolehan lari laju kerana mempunyai kuasa manipulasi masa tetapi sejak masuk siri Galaxy, kuasanya dihuraikan sebagai manipulasi kelajuan.
Saya terangkan "soft reboot" dengan satu lagi contoh yang lebih jelas. Ingat tak Edisi Khas Episod 1 masa ulang tahun ke-10 dulu, yang mana ada babak baru menunjukkan Amato dan MechaBot menghantar BoBoiBoy kecil pergi naik kereta api? Dalam lore (mitos) BBB OG tiada Amato tu semua, tapi sejak masuk Galaxy banyak lagi elemen plot yang ditokok tambah sehingga sukar dikaitkan dengan BBB OG, jadi BBBG terpaksa diasingkan dari BBB OG.
Namun begitu, ini "soft reboot" dan bukan "hard reboot", jadi boleh dikatakan premis asal BBB OG masih berlaku (kekal sebagai canon) pada dasarnya dalam lore BBBG, cuma semuanya berlaku "off-screen" sebelum episod pertama BBBG, dan dengan sedikit pindaan. Ini membuka ruang kreatif untuk pihak Monsta membina plot tanpa perlu takut menjejaskan lore yang ditetapkan oleh BBB OG.
Anda boleh menonton video berikut untuk tengok maklumat yang saya petik ini (bermula pada timecode 8:32.)
Jadi kesimpulannya BBB Galaxy bukan sekuel bagi BBB original. Tak jelas sama ada ini timeline yang berbeza tetapi yang pasti, BBBG bukan lore yang sama dengan BBB OG - ada persamaan tetapi pada dasarnya berlainan. Sekian, terima kasih.
Nak tanya, bolehkah saya buat userpage saya penuh dengan opinions dan rankings episod-episod BoBoiBoy dan BoBoiBoy Galaxy? Seperti yang saya lakukan di https://spongebob.fandom.com/User:Aiman_Alnnfan ?
Saya dapat tahu dari posting kat saluran YouTube Sifudin.
Saya telah melakukan pindaan yang sepatutnya pada rencana Satriantar.
13 Votes in Poll
Sudah 2 tahun kita nunggu siaran baru?
Ok ayo kita pikir kan
Kapan BoBoiBoy akan siaran baru...
Post dari Juma'at 9/24/2021 10:37 MST
Guys bila boboiboy galaxy movie 3 dan komic 11 akan keluar
Ni bermakna hari ni Anniversary BoBoiBoy Movie 2 Yang ke-2!
Tapi, sedih pulak lupa nak tengok full movie hari ni ;-;
16 Votes in Poll
Hari Raya dah nak dekat, tiada plan ke nak hias wiki sikit sempena raya? Setidak-tidaknya letak ketupat atau pelita raya dekat logo pun memadai.
Aku fikir bahawa kesemua laman-laman runut bunyi akan digabungkan menjadi senarai soundtrack, kerena kesemua laman-laman ini tidak baru-baru ini disunting dan terlalu lama.
Ada juga memikirkan bahawa beberapa laman-laman watak digabungkan menjadi watak kecil kerana beberapa tidak mempunyai peranan penting dan hanya muncul dalam satu ataupun beberapa episod.
Jadi, cadanganku macam mana?
Saya ada idea baru untuk wiki ini:
Senarai barang dagangan (merchandise) berkenaan BoBoiBoy. Terbahagi kepada permainan, barang mainan, pakaian, buku dan sebagainya. Saya telah menyiapkan satu contoh untuk tatapan anda. Sila komen jika anda suka idea ini. Contoh di wiki lain macam ini: SpongeBob Squarepants, Simpsons.
Kategori Iklan wajar dibahagikan kepada kategori kecil seperti Pesanan khidmat awam, Ucapan perayaan, Tajaan dsb. Mungkin harus diwujudkan halaman Senarai untuk setiap kategori juga.
Siapa setuju kalau wiki ini kita tukarkan font-nya kepada yang sama dengan font utama fandom.com sekarang? Ada sesiapa tahu bagaimana nak tukar?
Setelah sekian lama tidak aktif dalam wiki yang saya tubuhkan sendiri, saya tak sedar betapa banyak perubahan yang dilakukan. Contohnya, ruangan forum baru ini, tapi kalau tengok sekilas pandang, ruangan ni macam tak 'happening' seperti versi Inggeris. Kurang perhatian kot. Mungkin kita harus 'ketengahkan' ruangan forum ni kat halaman utama supaya orang luar akan tengok. Apa kata kita tujukan forum ni khas kepada ahli baru, jemput diorang perkenalkan diri di sini dulu.