BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

"Tok dulu kalahkan dia dengan satu kuasa sahaja."
— Hang Kasa memberikan panduan kepada BoBoiBoy untuk mengalahkan Retak'ka


Hang Kasa ialah watak dalam BoBoiBoy Movie 2. Dia merupakan penguasa asal Elemental Kristal, iaitu Kuasa Elemental tahap ketiga selepas Elemental Tanah dan Gempa.

Penerangan[]

"Hang Kasa merupakan pemilik kuasa Elemental Kristal yang telah berjaya mengurung si penjahat Retak'ka di dalam penjara Kristal suatu masa dahulu.

Beliau kini dikenali sebagai Tok Kasa dan menjadi tok guru kepada BoBoiBoy.
"
— Penerangan rasmi di Segman Khas - 7 Pemilik Asal Kuasa Elemental.


Sejarah[]

Sejarah awal[]

Hang Kasa dan Retak'ka adalah kawan baik semasa kanak-kanak dan mereka berasal dari Planet Gugura. Selepas mereka menemui dan masing-masing mengambil KristalBot dan GammaBot, mereka dapat mengubah kehidupan mereka. Namun disebabkan Retak'ka diracuni ketamakan, Retak'ka menjadi gila kuasa dan bertukar menjadi penjahat.

Pada suatu masa, Retak'ka bertarung dengan Hang Kasa dengan perisai KristalBot miliknya di suatu sektor di galaksi. Pertarungan itu berlaku 100 tahun lalu, di mana Retak'ka dibekukan menggunakan Kuasa Kristal dari Hang Kasa. Hang Kasa kemudian menggunakan Ochobot untuk menyerap semua Kuasa Elemental dari Retak'ka dan menyimpannya dalam Ochobot (yang membawa kepada Ochobot memberikan BoBoiBoy kuasanya). Selepas peristiwa tersebut, Hang Kasa mula tinggal di Planet Quabaq.

BoBoiBoy Movie 2[]

Dia pertama kali disebut oleh Koko Ci, yang mengarahkan BoBoiBoy mencarinya di rumahnya selepas serangan Retak'ka memusnahkan Stesen Angkasa TAPOPS. Selepas menyelamatkan BoBoiBoy dan rakan-rakan dari diserang gerombolan Kang Kong di hutan Planet Quabaq, Hang Kasa bersetuju untuk melatih BoBoiBoy bagi mempersiapkan dirinya untuk menentang Retak'ka yang muncul kembali.

Selepas menamatkan latihan, Hang Kasa mencuri kuasa Gempa BoBoiBoy untuk menggunakan bentuk Kristalnya sekali lagi dan mengalahkan rakan lamanya. Walau bagaimanapun, mungkin kerana usianya, Retak'ka mudah mengalahkannya dan menyedut elemen tersebut. Dia memberikan ucapan yang kuat kepada BoBoiBoy, memotivasinya, sebelum Retak'ka seolah-olah membunuhnya. Ini cukup membangkitkan kemarahan BoBoiBoy sehingga dia mendapatkan Elemental Fusion buat kali pertama, menggabungkan elemen yang tinggal untuk menjadi BoBoiBoy FrostFire.

Dia kemudiannya mendedahkan kepada Gopal bahawa dia masih hidup, hanya pengsan akibat serangan Retak'ka. Dalam epilog filem itu, dia menceritakan bagaimana elemen-elemen itu selamat dengan BoBoiBoy, hanya untuk yang kedua mengetahui dia masih hidup. Kedua-duanya kemudian berkongsi pertemuan semula yang mengharukan.

BoBoiBoy Galaxy Musim 2[]

Hang Kasa singgah di Tok Aba dan BoBoiBoy Kokotiam, bertanyakan khabar kepada Tok Aba dan membeli air koko. Kemudian, Adu Du dan Probe datang, mereka memberikan hadiah gitar kepada Hang Kasa dan mengucapkan selamat tinggal kepadanya yang akan balik ke Planet Quabaq. Hang Kasa bercadang untuk mencuba gitar itu di situ, tetapi Adu Du dan Probe menggesanya untuk mencuba di rumah Tok Aba kerana di situ tidak power. Setelah mendapat keizinan Tok Aba, Hang Kasa mengajak kaum Cendawa ikut dengannya, tetapi tidak sebelum Tok Aba memesan supaya tidak mengganggu jiran-jiran sebelah.

Senjata dan Kuasa[]

Serangan
4/5
Pertahanan
5/5
Ketangkasan
3/5
Keberanian
5/5
Kelajuan
2/5

Tok Kasa merupakan anak didik Mahaguru Tinggi Tok Putih, dan mahir dalam seni mempertahankan diri. Beliau juga merupakan Penguasa Elemental Kristal, yang diperoleh dari Power Sphera KristalBot.

  • Power Sphera KristalBot: Power Sphera yang dijumpai Hang Kasa semasa muda dan menggunakannya untuk kebaikan.
    • Armour Kristal: Tok Kasa menggunakan Kuasa Elemental Kristal dan menyelubungi seluruh tubuhnya dengan lapisan kristal sebagai perisai pelindung. Nama baju perisai ini dinyatakan dalam komik BoBoiBoy Movie 2: Evolusi Kuasa.
    • Perisai Kristal: Berfungsi sebagai senjata pertahanan bagi Hang Kasa.
      • Lontaran Perisai Kristal: Hang Kasa melontarkan perisainya ke arah Retak'ka untuk mengalihkan perhatiannya supaya dia dapat melancarkan balingan Serombong Kristal yang seterusnya. Nama teknik ini dinyatakan dalam komik BoBoiBoy Movie 2: Evolusi Kuasa.
    • Serombong Kristal/Serampang Kristal[1]: Senjata Hang Kasa yang digunakan untuk membekukan Retak'ka dalam pertempuran 100 tahun dahulu. Dalam komik BoBoiBoy Movie 2: Evolusi Kuasa, ia dikenali sebagai Tombak Kristal.
    • Pelindung Kristal: Teknik pertahanan bagi Hang Kasa dengan meninggikan aras tanah yang berasaskan kristal untuk melindungi diri. Teknik ini serupa dengan Tanah Pelindung.
    • Keris Kristal: Keris yang panjang dan bercorakkan kristal-kristal yang tajam. Senjata ini digunakan dalam komik BoBoiBoy Movie 2: Evolusi Kuasa.

Perwatakan[]

"Tok Guru yang mengajar BoBoiBoy di Planet Quabaq."
— Maklumat ringkas Hang Kasa.

Kemungkinan Hang Kasa bersifat tenang dan serius. Walau bagaimanapun, perwatakannya menjadi lawak apabila dia sudah tua.

Trivia[]

  • Nama "Hang Kasa" berasal dari perkataan "Hang" (gelaran bagi lelaki zaman dahulu, misalnya Hang Tuah) dan "angkasa".
  • Hang Kasa merupakan watak ketiga yang menggunakan nama panggilan "Bro", yang pertama ialah Bagu Gu dan kedua ialah Raksasa Perisai.
  • Dia lawak tetapi juga cukup berpengetahuan dalam banyak perkara.
  • Hang Kasa dipanggil Tok Kasa oleh BoBoiBoy kerana dia sekarang sudah tua ketika BoBoiBoy menjumpainya.
  • Hang Kasa bergurau dengan BoBoiBoy untuk memanggilnya "Bro" mencerminkan orang-orang tua gemar bergurau dengan anak-anak muda.
  • Gaya transformasi Hang Kasa memakai perisai kristalnya serupa dengan gaya transformasi Kamen Rider daripada siri titularnya.
  • Gaharum ialah sahabat lamanya.
  • Makanan kegemaran Hang Kasa ialah kangkung goreng tepung manakala minuman kegemarannya ialah minuman Planet Quabaq.
  • Jenis lagu kegemaran Hang Kasa ialah lagu rock.
  • Warna kegemaran Hang Kasa ialah hijau.
  • Beliau dan Retak'ka merupakan sahabat karib semasa mereka berdua mencari pencari barang-barang terbuang di Planet Gugura.

Galeri[]

Wiki-wordmark
Wiki BoBoiBoy mempunyai pelbagai gambar menarik tentang Hang Kasa. Rujuk Hang Kasa/Galeri.

Video[]

Rujukan[]

Advertisement